Selasa, 12 November 2013

Mesin Kesihatan Berteknologi Tinggi

BARU-BARU INI ADMIN ADA TERBACA TENTANG SATU RAWATAN YG SANGAT BAGUS 

OLEH ITU ADMIN COPY ITEM UNTUK TATAPAN SEMUA....



Apabila Tubuh Badan, Minda dan Rohani dalam Harmoni


Kami sentiasa menerokai bidang teknikal dan inovasi dunia perubatan.. ..khususnya melalui terapi semulajadi
Adalah menjadi aspirasi dan budaya ONE Community Worldwide untuk membentuk sikap dan usaha yang berterusan dalam aspek kesejahteraan melalui barisan produk Hi-Tech kami. Dalam membina perniagaan dan berkongsi kesejahteraan bersama, setiap produk yang diruncit di bawah jenama ONE Community Worldwide sentiasa membawa mesej kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.

Kami sentiasa menerokai bidang teknikal dan inovasi dunia perubatan bagi memenuhi komitmen kami terhadap mencapai kualiti dan keberkesanan secara menyeluruh dalam penjagaan kesihatan, khususnya melalui terapi semulajadi, khusus untuk pelanggan kami dan juga ahli-ahli niaga kami.


Kesejahteraan Bermula dengan Tubuh Badan yang Sihat

  • eNUTRA™ : Kolostrum tulen dan semula jadi dengan lgG25%.
  • eDROPS™ : Pati Air Organik Penting (VOW).
  • EzOUT™ : Makanan tambahan kesihatan dengan fiber dan prebiotik semula jadi.

Kesejahteraan Minda

  • eLIFE™ : Alat Kesihatan Medan Elektrik.
  • eMIND™ : Alat untuk mempertingkatkan pembelajaran, penumpuan, menyah tekanan, berehat dan ketenangan minda.

Kesejahteraan Udara

  • eAROMA™ : Minyak pati tumbuhan semula jadi dan organik, tulen dan ‘chemotyped'.
  • eAIR™ : Pengion Udara dan Peresap Aromaterapi.

Kesejahteraan Persekitaran Untuk Semua

  • eWASH™ : Bebola cucian tanpa detergen.








eLIFE™

Pelindung Kesihatan Untuk Kehidupan Bertenaga


Apakah eLIFE™


eLIFE™ merupakan satu-satunya produk yang telah mendapat kedua-dua pensijilan CE dari Kesatuan Eropah (EU) serta FDA dari Amerika Syarikat.
Juga dikenali sebagai 'Terapi Medan Elektrik', 'Terapi Keupayaan', 'Terapi Elektrik Statik' or 'PESF', eLIFE™ menggunakan beza keupayaan (voltan) yang tinggi sementara mengekalkan arus yang sangat rendah bagi jaminan keselamatan dan kesesuaian tubuh badan. eLIFE™, diedarkan secara ekslusif oleh ONE Community Worldwide di Asia Pasifik, merupakan satu-satunya produk yang telah mendapat kedua-dua pensijilan kesihatan CE dari Kesatuan Eropah (EU) serta FDA dari Amerika Syarikat.

Dengan mengecas bio-elektrik yang diperlukan, produk ini melancarkan peredaran darah dan mengembalikan semula keanjalan salur darah. Secara spesifiknya, keadaan Rouleau bagi sel darah merah dapat diperbaiki dan metabolisme dipertingkatkan selepas penggunaannya. Peningkatan metabolisme memainkan peranan yang penting dalam pencegahan dan rawatan kepada penyakit orang dewasa.

Tambahan pula, fungsi produk ini untuk memperbaiki peredaran darah pada kulit kepala digunakan secara meluas di Eropah dan Amerika Syarikat bagi tujuan pencegahan keguguran dan kerosakan rambut.

Untuk tujuan kecantikan, produk ini digunakan bersama terapi "meso rolling", menunjukkan keberkesanan dalam rawatan "liver spots", jeragat dan penuaan.

Penggunaan: Klinik anti penuaan, klinik obesiti, klinik kecantikan, klinik fisioterapi, pusat rawatan alternatif dan di rumah.

Sejarah Terapi Medan Elektrik


Sejarah awal penggunaan elektrik dalam bidang perubatan dimulakan dengan penggunaan ikan torpedo Mediterranean, sejenis spesis ikan pari. Aristotle dan sejarawan Pliny, kedua-duanya melaporkan kesan daripada ikan ini. Scironius Largus menggambarkan penggunaannya bagi rawatan penyakit gout. Dioscorides, seorang ahli perubatan yang terkenal yang menemui Materia Medica, Galen, dan Paul of Aegina menasihatkan rawatan menggunakan elektrik yang dihasilkan ikan tersebut bagi rawatan sakit kepala.

Pada tahun 1650, von Guericke telah mencipta sebuah mesin elektrostatik yang mengandungi sebuah bola belerang digosok menggunakan tangan. Mengikut pemerhatian pertama yang direkodkan bagi penggunaan elektrik secara khusus dalam bidang perubatan di Eropah adalah oleh Kratzenstein, seorang profesor perubatan di Halle. Jallabert, seorang profesor fizik di Geneva, dikatakan merupakan elektroterapi pertama, pada tahun 1747 di mana beliau telah berjaya membuktikan kesan pemulihan pada tangan seorang tukang kunci yang telah lumpuh selama 15 tahun.

Saintis lain yang telah melakukan kaji selidik ke atas elektrik sebagai terapi adalah seorang imigran, Georges Lakhovsky, di mana beliau telah membuat pemerhatian terhadap kesan elektrik dan gelombang radio kepada benda hidup. Buku beliau yang pertama, THE SECRET OF LIFE, diterbitkan mulanya pada 1935 pada bulan yang sama Hitler datang ke Prague. Buku tersebut diterbitkan semula dalam bahasa Sepanyol, Perancis, Itali dan akhirnya Bahasa Inggeris.

Kebanyakan teori beliau mengenepikan perubatan konvensional di mana pada 1938, Flexner Committee telah membuat laporan kepada Kongres Amerika Syarikat berkenaan pendidikan perubatan dan melabelkan terapi elektrik sebagai "palsu". Kebanyakan teori beliau hanya disahkan oleh Becker dalam bukunya THE BODY ELECTRIC, yang diterbitkan pada 1987.

Pada hari ini, terapi medan elektrik secara perlahan-lahan mendapat penerimaan di kalangan pengamal perubatan sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit orang dewasa dan kanak-kanak. Contoh laporan adalah seperti di bawah;

Link from: http://www.one2u.com/















Tiada ulasan:

Catat Ulasan